Kelas STEM-IOT - Thinkercad

10 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 9 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas STEM-IOT - Thinkercad. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunakan laman Thinkercad. Thinkercad ini merupakan laman percuma yang mempunyai beberapa bahagian antaranya reka bentuk 3 dimensi, asas litar elektrik dan juga sekatan kod.

Pada kelas kali ini, mereka belajar untuk menghasilkan reka bentuk 3 dimensi dengan menggunakan tema bangunan. Mereka juga diberikan penerangan untuk memuat naik setiap bentuk dalam menghasilkan bangunan. Dengan menggunakan laman thinkercad ini, mereka dapat menghasilkan rekaan bangunan di dalam bentuk 3 dimensi. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara untuk menggunakan laman Thinkercad dengan mudah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali